Search This Blog

AL-HAMDULILAH

Jika di tulis ayat  BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM dan ALHAMDULILLAH(dalam tulisan jawi) dan diikatkan pada lengan kanan,Insya Allah tida terbunuh orang akan dia.Dan jika sekiranya sakit gigi tuliskan ayat ini pada sekeping kertas,lalu direndam ke dalam minyak yang baru dan disapukan pada gigi.Insya Allah afiat.

FATIHAH MENJADI PENAWAR

Jika di sengat binatang bisa,lipan,kala atau ikan ikan yang bersengat,hendak lah diambil segelas air taruhkan sebutir garam jantan (garam kasar) dalam air itu dan dibacakan Fatihah sekali.Kemudian diberi minum,Insya Allah hilang bisanya.

MINYAK FATIHAH

Jika dibacakan 70 kali Fatihah ke dalam minyak,(apa saja jenis minyak itu)dan disimpan untuk persediaan bagi sakit sakit angin atau angin akhmar dan bagi menyegarkan tenaga tulang urat.Juga bagi penyakit belakang dan pinggang.Insya Allah afiat apabila di gosokkan.

FATIHAH PENGUBAT TELINGA

Jika mengidap penyakit telinga baru atau lama hendaklah dituliskan Fatihah dalam satu bijana,kemudian hapuskan tulisan itu dengan minyak mawar atau minyak kelapa dan titikkan ke dalam telinga.Insya Allah sembuh akan ia..

FATIHAH JIKA BERASA BERDEBAR DEBAR

Jika seseorang mengidap penyakit dada atau selalu hati dan dadanya berdebar debar,seakan akan ada satu satu kejadian atau kecemasan.Hendaklah ia tuliskan Fatihah didalam satu bijana (pinggan atau mangkuk yang besar)kemudian dihapuskan tulisan itu dengan air yang bersih lalu diberi minum atau sendiri yang minum.Insya Allah akan tetap hatinya dan baik dadanya.

FATIHAH JIKA BERASA DAHAGA

Siapa berada dalam pelayaran atau perjalanan atau sesat,maka takut ia dahaga atau lapar.Hendak lah ia membaca Fatihah sekali di tapak tangannya,kemudian ditiupkan tangannya itu dan disapukan ke muka dan perutnya.Insya Allah tadak berasa lapar dan dahaga pada hari itu.

FATIHAH PERMUDAHKAN KERJA

Siapa hendak membuat suatu perkerjaan dan hendak selesai perkerjaan itu dengan baik,bacalah Fatihah di tengah tengah malam sebanyak 41 kali.Insya Allah dimudahkan pekerjaannya dengan tidak mendapat suatu gangguan dan apa saja pekerjaannya dengan izin Allah semuanya beres.

FATIHAH JIKA TERPASONG

Apabila seseorang terikat atau terbelenggu,hendaklah ia membacakan Fatihah sebanyak 121 kali kemudian di hembuskan pada ikatan atau belenggu tersebut.Insya Allah terhurai ikatannya dan dengan izin Allah akan mendapat kelepasan.
INI TELAH DIAMALKAN SANGAT MUJARAB

FATIHAH DALAM PELAYARAN

Jika di baca Fatihah sebanyak 41 kali dibelakang orang yang hendak berlayar,Insya Allah di selamatkan ia di dalam pelayarannya,dan di kembalikan semula ke tanah air didalam keadaan sihat afiat

FATIHAH PENERANG HATI

Jika di bacakan Fatihah;
1) 70 kali
2) Selama 7 hari
3) Pada bijana yang berisi air
4) Kemudian di hembuskan ke dalam air itu dan di beri minum kepada siapa siapa yang kurang baik akalnya sama ada ia bebal,bodoh atau gelap hati.Insya Allah pintu hatinya akan terbuka serta faham dan celik pengetahuan dan menjadi seorang pengingat.

FATIHAH MINTA HAJAT

Sheikh Mahayuddin Bin Al Arabi Khadas Allah Serah berkata;
Siapa siapa ada hajat,hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 41 kali,selepas sembahyang
Maghrib,jangan ia bergerak dari tempat duduknya,hingga selesai membaca menurut
bilangan yang tersebut.
Setelah itu bermohon lah ia kepada Tuhan akan hajatnya insya Allah di qabulkan.
AMALAN INI TELAH DI BUAT SANGAT MUJARAB

AIR FATIHA

Ibnu Abas Radzi-Allah-u'anhum menyatakan adalah Saidina Hasan bin Ali Radzi-Allah-U'anhu,cucu kepada Rasulullah telah sakit.Maka dukacita lah rasulullahmelihat cucunya sakit,ia mengambil air dan membacakan Fatihah sebanyak 40 kalidalam satu bijana,kemudian air itu disapukan kemuka,kepala,dua belah tangan dan kaki serta perut dan mana mana anggota yang nyata.Dengat berkat Fatihah itu sembuhlah penyakitnya.

PENDINDING TIDUR

Siapa siapa membaca Fatihah sekali,tatkala ia meletakkan kepalanya kerana hendak tidur,kemudian ia membaca Qul-hu-allah-u-ahad 3kali,Qul-a'u-zu-bi-rab-bil-falaq sekali dan Qul-a'u-zu-bi-rab-bin-nas sekali.
Terselamat ia dari segala kejahatan dan mudharat,serta menjadi dinding dari makhluk jin dan shaitan semasa ia tidur.

WIRID FATIHAH

Siapa siapa yang membaca Al-Fatihah sebanyak 100 kali sehari,pada tiap tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali, akan;
1) Dimurahkan Allah rezekinya.
2) Diperbaiki hal ehwalnya.
3) Dibersihkan hatinya.
4) Diangkat darjatnya.
5) Dilepaskan ia dari berdukacita.
6) Dijauhkan dari mudharat
7) Diberi ia rajin dan semangat
8) Tidak kecewa
9) Dijauhkan dari hasutan shaitan
10)Dimudahkan perkerjaannya
11)Diilhamkan kepadanya kebajikan

FATIHAH DIATAS KAPAS

Siapa siapa membaca Fatihah sebanyak 7 kali,kemudian diludahkan di atas secebis kapas dan di tampalkan pada tempat luka atau kudis atau apa apa penyakit kulit.Akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya dengan izin Allah.

FATIHAH SAKIT MATA

Jika siapa siapa ada mengidap sakit mata sama ada lama atau baru dan di atas apa sifat sekali pun hendak lah membaca Fatiha dengan niat meminta; Sembuh sakit matanya; Pulih pandangannya; Hendaklah ia membaca akan Fatihah sebanyak 41 kali selama 40 hari diantara sunat subuh dan fardhunya.Inyah Allah akan sembuh sakit matanya.

FATIHAH MENDAPAT ZURIAT

Siapa siapa yang mandul tidak mendapat anak selama ia berkahwin dan suka pula hendak mendapat zuriat atau anak,hendaklah ia mengamalkan sebagaimana kaedah peraturan seperti ini,iaitu........ Hendaklah membaca Fatihah sebanyak 41 kali selama 40 hari, dengan tidak putus putus dan tidak kurang bilangannya.Masanya ialah diantara sunat subuh dan fardhu subuh.Insyah Allah ia akan mendapat zuriat sholleh lagi baik.

FATIHA MENGEMBALIKAN PANGKAT

Siapa siapa yang di pecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang di sandang olehnya dan sukalah ia kembali kepada pangkatnya.Hendaklah ia membaca Fatiha sebanyak 41 kali diantara sunat subuh dan fardhunya selama 40 hari.Jangan kurang dari bilangan ini dan jangan putus putuskan ayat ayat yang di bacakan.Inyah Allah kembalilah pangkatnya semula,atau dapat menyandang pangkat yang lebih tinggi,percayalah kepada kudrat Tuhan..

JAMPI FATIHAH

Berkata beberapa ulama termasuk beberapa orang murid Al Sheikh Al Tamimi menyatakan......... Satu masa penyakit taun dan wabak telah menyerang negeri Maltan dengan dasyatnya kerana itu beberapa banyak kematian telah berlaku dinegeri itu tiap tiap hari.Lalu tuan Al Sheikh Al Tamimi meminta sahabat dan murid muridnya membacakan Fatihah ke atas siapa siapa yang di hinggapi oleh penyakit taun dan wabak tersebut.Maka kami pun membacakan dan meniupkan di atas orang orang sakit itu,seketika lamanya kami melihat orang sakit itu pun sembuh dan penyakit itu berkurangan.Begitulah siapa siapa membaca 41 kali Fatihah di atas seorang sakit setelah itu dihembuskan kepadanya,Insyah Allah Afiat la akan ia.....

FATIHA SERIBU FAEDAH


Siapa siapa yang mengekalkan membaca AL-FATIHA diantara sholat sunat subuh dengan fardhu subuh sebanyak 41 kali tidak ia....Meminta pangkat melainkan ia dapat....Ia miskin melainkan jadi kaya...Ia berhutang melainkan dibayar ALLAH....Ia sakit melainkan disenbuh ALLAH...Ia lemah melainkan dikuatkan oleh ALLAH....Ia berdagang did=negeri orang,melainkan dimuliakan,dikasihi dan sampaikan cita citanya.

SHARAT QABUL AMALAN

Berwudhuk,bersih pakaian,badan dan tempat. Mengadap qiblat .Kalau boleh siapkan perasapan dengan kayu gaharu atau kemenyan.Jangan memutuskan bacaan dengan sesuatu perkataan.Baca bacaan dengan betul,segala huruf dan mekhrajnya.Tumpukan sebenar benar iman kepada ALLAH dan berserah diri.Membanyakkan permintaan dengan penuh harapan.Percaya bahawa tuhan akan qabulkan.                                                                                    

MENGESAHKAN IJAZAH

Sebelum mengamalkan kesemua atau salah satu dari kandungan blog ini hendaklah mengesahkan ijazah yang tersebut dengan menghadiahkan AL-FATIHA kepada RASULLULAH,PARA 4 SAHABAT,KELUARGANYA SEKALIAN,dan kepada orang orang yang empunyai wirid dan amalan iniserta kepada penyusunya sekali.AMIN,,,,,,,,

IJAZAH


Dihimpunkan hikmat dan rahsia Fatiha ini,dengan tujuan baik bagi faedah umum,dari itu adalah saya memberikan ijazahnya kepada sesiapa jua yang berniat baik dan diatas jalan yang benar,dengan menurut sharat sharatnya,sebagaimana yang disebut dibawah ini.Dengan ini saya mengijazahkan mana mana satu dari kadungan laman blog ini atau kesemuanya kepada siapa siapa yang suka mengamalkan amalan amalan yang tersebut dan AL FATIHA UNTUK TUAN GURU ALI ZULFAKAR DAN ABU MAHON....AMIN.

MAKSUD AL-FATIHA

Dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.Segala puji bagi allah tuhan sekalian alam,yang maha pemurah dan maha penyayang,yang memerintah di hari kiamat,hanya engkau sahaja yang kami sembah dan hanya engkau sahaja yang kami memohon pertolongan,tunjukkan lah kami jalan yang lurus,jalan yang engkau berikan nikmat diatas mereka,bukan jalan yang telah engkau murkai diatas mereka dan bukan pula jalan yang sesat.AMIN.

PENDAPAT AL ALLAMAH IBNU QAYIEM

Tiap tiap penyakit ada ubatnya melainkan apabila sampai ajal tidak ada serapah jampi dan tangkal azimat yang berguna,walaupun begitu saya dapati didalam AL-FATIHA ada banyak kesan yang sungguh menghairankan.Semasa saya tinggal di MEKAH, saya telah mendapat penyakit,tidak ada doktor yang mampu mengubatinya,Dari sini lah mula saya mengubati diri saya dengan AL-FATIHA.Bukan sahaja saya mengamalkan sendiri,tetapi saya ajarkan kepada beberapa orang kawan dan sahabat sahabat yang menghidap bermacam macam penyakit berubat dengan AL-FATIHA,maka mereka pun sembuh seberapa segera dengan izin ALLAH.Pada pendapat saya,ianya berkesan dan tidak satu satu amalan dari ayat AL-QUR'AN itu yang merugikan,ianya terpulanglah kepada semangat orang yang mengamalkan, jika penuh kepercayaan terhadap satu satu ayat,bertauhid dan berserah diri kepada tuhan,memang ayat itu akan memberi kesan dengan izin ALLAH.

RAHSIA

  Tidak ada seorang yang tidak mengetahui surah al-fatiha.Hanya boleh jadi yang tidak di ketahuinya itu,oleh sesetengah orang ialah RAHSIA dan HIKMAT yang terkandung di dalam al-fatiha itu sendiri.Yang demikian inilah saya membuat sedikit usaha menyusun hikmat-hikmat dan rahsia AL-FATIHA,apa yang saya dapat dari tuan guru saya dan saya paparkan kepada peminat peminat buku hikmat.Kepada ALLAH saya berserah barang diberi pertunjuk dan diterima amalan amalan kita serta diampunkan dosa dan kesalahan kesalahan kita.AMIN.....oleh ALI ZULFAKAR OLAHAN LAMAN BLOG ABU BIN MAHON AL-FATIHA.